Thursday, February 19, 2009

Ada apa dengan 28??

Salam,

28 bukanlah suatu angka yang aneh.. 28 juga bukanlah suatu nombor yang istimewa.. namun bagiku hari ini, 28 adalah angka yang sangat kuhargai, dan daripadanya jua mengingatkanku tiap detik dan saat aku bergelar 'abd dan khalifah di atas dunia..

Hari ini usiaku genap 28 tahun (mengikut kalendar masihi)!! Syukur pada-Mu ya Allah...

Betapa pantas masa berlalu..begitu cepat bumi beredar.. pejam celik pejam celik.. aku semakin menghampiri umur ideal seorang manusia zaman ini (60 tahun)...


Imtiyaz ketika berusia lebih kurang sebulan...


Aku beberapa hari selepas dilahirkan pada tahun 1981...



Ijlal ketika meraikan usianya genap 2 tahun...


Aku di suatu hari pada tahun 1983 (berusia 2 tahun )...


Itqan ketika berusia 3 tahun. Pantang nampak gelongsor


Aku suatu hari pada tahun 1984.. tak pasti l a pula kat mana tu...kat Brunei kot, ye ke mak?


Sekelumit masa ku peruntukkan bagi memuhasabah diri... mengimbas kembali tiap kejayaan dan kegagalan yang pernah kukecapi...

Sebagai anak
Sebagai adik
Sebagai abang
Sebagai pelajar
Sebagai rakan
Sebagai suami
Sebagai ayah
Sebagai pembimbing
Sebagai ahli organisasi
Sebagai rakyat
Dan lain-lain gelaran yang terpikul...

Sekali lagi kuharapkan hari ini kembali menjadi permulaan kepada hidupku yang lebih gemilang...

Semoga terus beroleh kekuatan... dan dirahmati All ah hendaknya..


-WaN aM-
200209
Pusat Bandar Melawati

Monday, February 16, 2009

Anugerah-Nya...

Salam,

Nak tengok gambar comel Itqan dan Ijlal?

Untuk gambar Itqan, sila klik http://flickr.com/photos/awe2020/2649580114/

Untuk gambar Ijlal, sila klik http://www.flickr.com/photos/awe2020/3280722065/

Penghargaan kepada En. Dashuki (Pengerusi PIBG SMI Al-Amin Gombak) yang sudi mengambil gambar foto anak-anak yang sangat saya sayangi ini.

Semoga diberkati Allah.

-WaN aM-
170209
Pusat Bandar Melawati

Sukan oh sukan...


Salam,

Semalam (15 Februari 2009) berkesempatan memenuhi jemputan sebagai Ahli Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak menghadiri Majlis Penutup Temasya Sukan dan Permainan (TESPER) SMI Al-Amin Gombak. Program berjalan lancar dan memang terserlah kemeriahannya. Terimbas juga memori sewaktu hari sukan masa zaman sekolah dulu..terutamanya sukan sekolah di Stadium Merdeka semasa berada di Tingkatan lima.



Suasana semasa acara perbarisan dimulakan di dataran sekolah


Rumah Al-Falah..rumah sukan isteriku


Rumah Al-Fatah...dahulu ini rumah sukanku


Rumah An-Najah..kelihatan Pak Uteh Itqan sedang segak berjalan


Rumah As-Solah...belon menjadi salah satu perhiasan perbarisan


Dua orang atlet terkemuka dari rumah As-Solah...


Aku sempat menyertai acara futsal terbuka yang diadakan..pasukanku yang terdiri daripada Alumni dan kaum bapa menang 5-0 ke atas pasukan guru. Dapat score sebijik...


Juara TESPER 2009...Rumah Al-Falah!!


Keriangan terpancar jelas di wajah mereka...


Semoga diberkati Allah semuanya.

-WaN aM-
Pusat Bandar Melawati
160209



Monday, February 9, 2009

Musafir ke UMP


Salam,

Alhamdulillah, pagi Sabtu lalu (7 Februari 2009) dipermudahkan Allah untuk memenuhi jemputan pihak MPP Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyampaikan ceramah kepada para mahasiswa dan mahasiswi sempena program "Bengkel Dakwah Kampus 2009" yang mereka anjurkan di kampus tersebut.

Dikongsikan beberapa foto yang berkaitan beserta sedikit catatan peribadi:


Sudah lama tidak memberikan ceramah kepada mahasiswa dengan jumlah kehadiran yang besar... Bergaya la juga dengan baju korporat JIM yang baru dibeli sehari sebelum hari program.


Tajuk yang disampaikan ialah "Kewajipan Dakwah dan Tinjauan Gejala Sosial". Awal-awal tu tercari-cari juga bahan dan ilham yang perlu disampaikan selama 1 jam 30 minit. Bila tiba masa berceramah, masyaAllah, mc bagi notis "5 minit sahaja lagi" tapi isi penyampaian banyak lagi yang belum dikongsikan... Banyak juga dikongsikan pengalaman hidup sewaktu bergelar mahasiswa dahulu, terutamanya dalam konteks dakwah...


Sebahagian peserta yang hadir. Selain mahasiswa/i UMP, turut hadir ialah mahasiswa/i dari UIA Kuantan, IKIP, KIPSAS, UiTM Jengka dan UNITEN Muadzam Shah


Menerima cenderahati daripada Pengarah Program, Saudara Adli


Ini dia insan yang banyak membantu sepanjang permusafiran dan menjaga makan minum saya di UMP. Saudara Hanafi, aktivis Karisma UMP dan Karisma Pahang, berasal dari Kg Parit Samad, Batu 17, Muar. Banyak maklumat yang diperoleh melalui beliau mengenai dakwah di UMP. Tidak mustahil FIDAK boleh dicapai di UMP dalam beberapa tahun lagi jika segala peluang dakwah dimanfaatkan sebaik mungkin.


Sekian sedikit perkongsian. Semoga diberkati Allah.


-WaN aM-
100209
Pusat Bandar Melawati



Friday, February 6, 2009

Anak usrah BARU!!


Salam,

Lama sungguh takku kemas kini blog ini. Baru kini terasa ada sedikit keluangan untuk mencoretkan sesuatu. Terima kasih kepada mereka yang sudi menziarahi blog ini walaupun sudah lebih sebulan tiada entry baru.

Kali ini aku ingin perkenalkan kepada kalian anak-anak usrahku yang baru. Tahun ini adalah tahun ketiga aku membawa usrah untuk juniorku para pelajar tingkatan lima di SMI Al-Amin Gombak (Generasi ke-15). Anak-anak usrahku generasi ke-13 telah pun bertebaran di IPT di dalam dan luar negara, manakala anak-anak usrahku generasi ke-14 sedang menunggu keputusan SPM 2008 yang bakal diketahui bulan Mac nanti.

Tentang anak-anak usrah baruku ini, boleh dikatakan hampir semuanya aku baru mengenali mereka sejak aku mengadakan usrah mereka. Mereka bersepuluh semuanya; seperti biasa setiap orang ada ragamnya. Dan bagi kumpulan usrah ini aku membuat sedikit kelainan; ada panggilan mesra untuk setiap daripada mereka.

Nak kenal siapa mereka? Jeng jeng jeng... ku kongsikan wajah-wajah manis mereka...



Along Shahir


Angah Ikramah


Alang Muaz


Uda Hannan


Andak Che Mat


Anjang Baem


Atam Zul


Ateh Hadi

Achik Nafis


Ucu Amir

Usrah kami sudah memasuki minggu keempat. Dari semasa ke semasa aku semakin memahami personaliti mereka. Bahan-bahan yang aku sampaikan juga sedaya-upaya aku sesuaikan dengan tahap kefahaman mereka.

Doaku mudah-mudahan usaha yang kerdil ini terus diberkati Allah dan sedikit sebanyak menjayakan misi murni Al-Amin itu sendiri, iaitu "Melahirkan Insan Salih Wa Muslih".


-WaN aM-
060209
Pusat Bandar Melawati