Wednesday, September 24, 2008

Selamat berjuang Rahman!!


Salam,

17 September lepas, aku berkesempatan menghantar Abdul Rahman Dashuki, salah seorang juniorku dan bekas anak usrahku di SMI Al-Amin Gombak (Generasi 13) yang menyambung pengajian di Iskandariah, Mesir dalam bidang perubatan. Turut hadir ialah beberapa orang sahabat beliau.


Bergambar kenangan di KLIA sebelum Rahman masuk ke balai berlepas. Dari kiri Hafiz, Muhaimin, Ammar, Zaid, Shakir, Rahman, Najmi dan aku.


Sesi berpelukan...semoga ukhuwah terus mekar...


Pergilah meraih sejuta pengetahuan..tunaikan harapan ayah bondamu..moga beroleh kejayaan buat umat di masa hadapan...

Sekadar nukilan ringkas daripadaku. Eid mubarak!!

-WaN aM-
250908
Pusat Bandar Melawati


Thursday, September 18, 2008

Pakai panah, peluru atau laser?


Bagaimana Anda saat menegur kesalahan seseorang?

Adakah dengan cara kasar tapi direct to the point?

Berkias-kias, atau menegur dengan cara menyindir dia?

Anda boleh pilih sama ada nak menggunakan pendekatan panah, peluru atau laser. Gunakan dengan bijak, sesuaikan dengan keadaan.

Panah bila terkena, lukanya tak berapa dalam, lubangnya kecil saja tapi sakit. Ini adalah stail teguran nipis, lembut, berhemah, supaya dia fikir sendiri apa salahnya.

Gunakan teguran stail panah bila Anda cuma mahu menegur saat pertama dia buat salah, atau Anda memilih menegur dia dengan lembut.

Peluru bila ditembak, momentumnya sangat tinggi. Kelajuan peluru membuat kesannya bila terkena amat-amat sakit, dalam pula.

Teguran seperti peluru adalah teguran direct to the point, terkeluar semasa kita dalam emosi marah, sakit hati atau tertekan .

Saat itu, kita menegur dengan suara tinggi, seperti mengherdik atau meneriak. Namun, ada juga yang menegur dengan suara perlahan, tapi berubah tiba-tiba meninggi selepas itu.

Gunakan teguran peluru saat orang tu degil, tak dengar cakap, melawan atau keras kepala.

Laser bila dipancar, sinarannya nipis, kecil, halus tapi lukanya berbekas hitam seperti kesan terbakar. Sinar laser membunuh sel-sel kulit, menjadikannya mati tak berganti lagi.

Teguran laser adalah stail teguran kasar, tegas, pedis, menyindir dan nampak kurang ajar. Tak semua orang sesuai dengan kata-kata sebegini, jadi kena tengok orang dulu bila Anda menegur.

Orang yang menegur dengan stail laser biasanya menegur dalam emosi stabil, atau dalam emosi marah yang ditahan-tahan, ketara emosionalnya . Mereka tak menegur dengan suara tinggi, tapi suara yang dilontar sambil kepala dipalingkan ke arah lain.

Ada juga menegur dengan memberi senyuman, sebagai tanda sindiran yang dia sedang marah.

Ketiga-tiga stail teguran ni memberi kesan berlainan, ditujukan pada orang yang perangainya berlainan, sikapnya berlainan. Anda, sebegai orang yang menegur, kaji dulu siapa yang Anda nak tegur, analisis cemana orangnya.

Walau apapun cara Anda menegur, satu saja yang saya mahu sampaikan. Tegurlah untuk kebaikan orang lain, sambil tu untuk menjadi peringatan pada diri sendiri juga.

Sebab, kadang-kadang saat kita tegur orang, tapi salah sendiri kita tak nampak.


http://www.imotivasi.com/

Tuesday, September 9, 2008

Saudara Baru Saudara Kita!!

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru) membawakan khas untuk anda;

Majlis Berbuka Puasa Kali Ke-4

"Saudara Baru, Saudara Kita"

Ayuh sertai! Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 1,000.00 bagi satu meja.

Tarikh20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)
Masa5.00 petang - 10.00 malam
TempatDewan Persidangan Utama, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Aturcara Program

5.00 petang: Ketibaan tetamu
5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis
5.30 petang: Forum: "Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia"
Panelis:Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)
Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPCI)
Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas)
7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One
8.00 malam: Perasmian
8.20 malam: Solat Isyak dan Tarawikh
Dipimpin oleh: Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)
9.40 malam: Tazkirah
Disampaikan oleh Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)
10.00 malam: Moreh dan Bersurai

Dengan izin Allah Ta'ala, sumbangan umat Islam di Malaysia dan usaha berterusan pihak Hidayah Centre dalam membantu memasyarakatkan dan memartabatkan saudara baru ini akan melahirkan generasi saudara baru, saudara kita yang soleh dan musleh. Terima kasih kepada semua.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)
En. Dhany Sarip (012-930 7522) dhanysarip@gmail.com
Pn. Ummi Roses (019-238 6333)Ibupejabat JIM (03-4108 9669)

*Mohon bantuan untuk sebarkan mesej ini. Moga-moga amal kita diterima oleh Allah Ta'ala.

Monday, September 8, 2008

Ibarat sirih pulang ke gagang


Salam,

Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad lepas (6-7 September 2008) aku berpeluang bersama dengan adik-adik Karisma UiTM Shah Alam bagi memenuhi undangan mengendalikan sesi perancangan strategik mereka. Seingat aku, inilah kali pertama aku terlibat secara langsung dalam program Karisma UiTM Shah Alam sejak aku meninggalkan IPTA tersebut pada Mac 2004. Wah, hampir 5 tahun lamanya! Ibarat sirih pulang ke gagang...

Nak tahu gambaran perjalanan sesi perancangan tersebut? Ikuti laporan bergambar di bawah:


Kumpulan 1 terdiri daripada Akh Amin, Akh Zulhilmi, Akh Hafizuddin, Ukht Farrah dan Ukht Aisyah. Mereka membincangkan KRA T-PSM dan Perhubungan.



Kumpulan 2 terdiri daripada Akh Halim, Akh Najmi, Ukht Atiqah dan Ukht Aina. Mereka membincangkan KRA Dana dan Public Opinion Leadership.



Kumpulan 3 terdiri daripada Akh Zakaria, Akh Fadzil, Akh Hariz, Ukht Fatimah dan Ukht Iman. Mereka membincangkan KRA PnP dan Kebajikan.



Aku bersama Ukht Siti Hajar Badri (mantan Ameerah Karisma UiTM Shah Alam) dalam slot forum yang diadakan pada pagi Ahad. Pihak penganjur meminta kami berkongsikan pengalaman dakwah dan tarbiah kami sepanjang berada di UiTM Shah Alam. Aku dan Hajar berada di IPTA tersebut pada masa yang berbeza; Aku berada di UiTM Shah Alam pada tahun 1999-Mac 2004, manakala Hajar pada Jun 2004-2006. Dua zaman yang berbeza waqi'nya...Nak tahu apa yang kami kongsikan? Kenalah tanya pimpinan Karisma UiTM Shah Alam yang mengikuti slot ini.



Bergambar kenangan dengan pimpinan Karisma UiTM Shah Alam pada penghujung program di salah sebuah bilik mesyuarat di Masjid Negeri, Shah Alam.
Ikhwah dari kiri: Halim, Fadzil, Zulhilmi, Amin, Wan Am, Zakaria, Asrul, Najmi dan Hariz.
Akhawat dari kiri: Aina, Fatimah, Farrah, Atiqah, Iman dan Aisyah.


Aku berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan segala perancangan yang telah mereka tetapkan dalam sesi ini. Aku pasti apa saja impian mereka pada hari ini adalah kenyataan pada hari esok insyaAllah.

Semoga diberkati Allah.

-WaN aM-
090908
Pusat Bandar Melawati



Sunday, September 7, 2008

Ramadhan dan Beberapa Saranan


Salam,

Di sini aku kongsikan satu artikel mengenai Ramadhan yang akan aku sampaikan kepada para kakitangan syarikat Jurukur Setia Sdn. Bhd. dan syarikat Geoinfo Sdn. Bhd. tengahari ini.

Moga bermanfaat buat teman semua.

-WaN aM-
080908


Beberapa Saranan Sepanjang Bulan Ramadhan

Berikut adalah saranan-saranan yang dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan:

i. Menjauhkan diri daripada segala perkara yang merosakkan ibadah puasa seperti mengumpat, mencela, mencaci, memaki, mencarut dan sebagainya. Biasakan diri supaya kurang bercakap di bulan Ramadhan.

ii. Mengurangkan makan dan minum pada waktu berbuka dan bersahur.

iii. Meningkatkan keazaman untuk bersungguh-sungguh dalam beribadah dan mengurangkan tidur pada siang hari, sebaliknya melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

iv. Menjaga hati daripada memikirkan keinginan-keinginan syahwat dan perkara-perkara yang hina.

v. Sentiasa mengingatkan bencana akhirat, lantaran kecuaian dan kelalaian kita dalam melaksanakan perintah Allah.

vi. Menimbulkan perasaan bimbang samada ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain diterima atau ditolak oleh Allah.

vii. Pastikan kita menyediakan ‘Tabung Ramadhan’ dengan memperuntukkan sehari sebanyak RM1.00 untuk sedekah di jalan Allah.

viii. Pastikan kita dapat mendirikan solat Dhuha dan qiamullail sepanjang Ramadhan, sekurang-kurangnya dua rakaat solat Dhuha, dua rakaat solat Tahajjud dan satu rakaat solat Witir.

ix. Muslim dianjurkan membawa anak lelaki untuk solat Subuh di masjid dan muslimat solat berjemaah di rumah.

x. Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari.

xi. Beriktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan dan sekurang-kurangnya sehari semalam (24 jam) pada sepuluh hari terakhir.

xii. Pastikan supaya tidak berlaku pembaziran semasa menyediakan juadah berbuka puasa, bersahur dan ketika membuat persediaan menyambut hari raya.

xiii. Mengadakan ‘Iftar Jama’ei’ dengan menjemput beberapa orang ahli keluarga, jiran, sahabat-handai dan lain-lainnya untuk berbuka puasa di rumah kita mengikut kemampuan.

xiv. Pastikan kita menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh suasana ibadah seperti tadarrus Al-Quran di kalangan anak-anak, membuat tabungan untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan memasang kain rentang atau menampal ‘kata-kata peransang’ berkaitan Ramadhan untuk melahirkan rasa kegembiraan menyambut bulan yang mulia ini.

xv. Melaksanakan solat Tarawikh dengan bersungguh-sungguh dan sesempurna mungkin, dengan melibatkan penyertaan semua ahli keluarga.