Bagaimana Anda saat menegur kesalahan seseorang?
Adakah dengan cara kasar tapi direct to the point?
Berkias-kias, atau menegur dengan cara menyindir dia?
Anda boleh pilih sama ada nak menggunakan pendekatan panah, peluru atau laser. Gunakan dengan bijak, sesuaikan dengan keadaan.
Panah bila terkena, lukanya tak berapa dalam, lubangnya kecil saja tapi sakit. Ini adalah stail teguran nipis, lembut, berhemah, supaya dia fikir sendiri apa salahnya.
Gunakan teguran stail panah bila Anda cuma mahu menegur saat pertama dia buat salah, atau Anda memilih menegur dia dengan lembut.
Peluru bila ditembak, momentumnya sangat tinggi. Kelajuan peluru membuat kesannya bila terkena amat-amat sakit, dalam pula.
Teguran seperti peluru adalah teguran direct to the point, terkeluar semasa kita dalam emosi marah, sakit hati atau tertekan .
Saat itu, kita menegur dengan suara tinggi, seperti mengherdik atau meneriak. Namun, ada juga yang menegur dengan suara perlahan, tapi berubah tiba-tiba meninggi selepas itu.
Gunakan teguran peluru saat orang tu degil, tak dengar cakap, melawan atau keras kepala.
Laser bila dipancar, sinarannya nipis, kecil, halus tapi lukanya berbekas hitam seperti kesan terbakar. Sinar laser membunuh sel-sel kulit, menjadikannya mati tak berganti lagi.
Teguran laser adalah stail teguran kasar, tegas, pedis, menyindir dan nampak kurang ajar. Tak semua orang sesuai dengan kata-kata sebegini, jadi kena tengok orang dulu bila Anda menegur.
Orang yang menegur dengan stail laser biasanya menegur dalam emosi stabil, atau dalam emosi marah yang ditahan-tahan, ketara emosionalnya . Mereka tak menegur dengan suara tinggi, tapi suara yang dilontar sambil kepala dipalingkan ke arah lain.
Ada juga menegur dengan memberi senyuman, sebagai tanda sindiran yang dia sedang marah.
Ketiga-tiga stail teguran ni memberi kesan berlainan, ditujukan pada orang yang perangainya berlainan, sikapnya berlainan. Anda, sebegai orang yang menegur, kaji dulu siapa yang Anda nak tegur, analisis cemana orangnya.
Walau apapun cara Anda menegur, satu saja yang saya mahu sampaikan. Tegurlah untuk kebaikan orang lain, sambil tu untuk menjadi peringatan pada diri sendiri juga.
Sebab, kadang-kadang saat kita tegur orang, tapi salah sendiri kita tak nampak.
1 comment:
kesilapan kita yang paling besar ialah kita selalu menilai siapa dan bagaimana cara menegur bukannya apa yang ditegur...jika yang menegur itu kanak2, pasti kita pertikai atas faktor usia..tetapi berapa orang yang melihat apa yang ditegur instead of who...
Post a Comment