أ
– الأمن والأمانة
Aman dan Amanah
Keamanan adalah satu daripada keperluan asasi setiap manusia. Tanpanya manusia tidak akan mengecapi kebahagiaan dan kedamaian.
Keamanan juga satu daripada nikmat Allah yang amat berharga. Katakan seorang individu memiliki istana yang indah, duit yang melimpah, makanan yang beraneka rasa, tetapi di hadapannya terdapat seekor singa lapar yang ternganga mulutnya, menunggu peluang untuk merentap mangsa. Adakah individu tersebut berasa selesa dan bahagia? Tentu tidak. Sebaliknya dia diburu ketakutan, keseraman dan kegerunan.
Demikianlah dalam kehidupan berumahtangga. Isteri tidak akan bahagia kalau dia tidak aman di sisi suaminya. Hatinya diguris dengan kata-kata nista, badannya dicalari dengan penderaan tanpa mengira masa dan ketika.
Begitu juga suami tidak bahagia kalau tidak ada keamanan di pihak isteri. Telinganya selalu dipalu dengan leteran berjela-jela. Matanya tidak melihat kecuali pemandangan yang berselerak dan berkecamuk. Hidungnya pula tersumbat dengan bau yang menyakitkan.
Justeru kedua pihak mesti berusaha menjadikan diri masing-masing tempat yang aman dan selamat bagi pasangannya. Allah jadikan untuk kita pasangan supaya kita mendapat ketenangan (sakinah), keamanan dan kedamaian yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Antara sifat utama yang perlu ada untuk melahirkan rasa aman ialah sifat amanah. Tanpa sifat ini suami isteri sentiasa dihantui keresahan. Hati diganggu perasaan curiga dan tidak percaya.

Suami adalah pemegang amanah yang sangat besar. Lafaz qabul yang diucapkan semasa aqad adalah simbolik kepada kesediaan menerima amanah menjaga, melindungi dan menjamin keamanan wanita yang bergelar isteri selama berada di sisinya.Isteri pula diamanahkan memelihara maruah diri, keluarga, rumahtangga dan harta suami.
Tajuk: Alif Ba Ta Kebahagiaan Rumahtangga
Penulis: Maznah Daud, Rosmihayati Khairuddin dan Noraini Md Top
Penerbit: JIMedia dan Persatuan Mawaddah Malaysia
Jumlah mukasurat: 66
Harga: RM8.00
Jumlah cetakan terkini: 1000 naskhah
Boleh hubungi saya (Wan Am) di talian 012-6615745 untuk mendapatkan buku di atas.
Terima kasih.
1 comment:
salam..Telah hampir sebulan saya cuba mencari buku motivasi yang berguna ini di merata kedai buku tetapi malangnya tidak jumpa. Wahai sedara Wan Am, adakah buku ini tidak di jual di pasaran?
Post a Comment