Saturday, August 2, 2008

Orang yang BARU


Salam,

Sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa JIM Kuala Lumpur, seboleh-bolehnya aku tidak ingin melepaskan peluang menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh setiap jawatankuasa di bawah JIM Kuala Lumpur jika aku berkelapangan. Melalui cara ini, aku sentiasa berharap akan mendapat seberapa banyak ilmu dan pengalaman yang boleh menjadi panduan kepadaku dalam menempuh kehidupan seharian.

Seperti juga semalam (3 Ogos 2008), dalam kesempatan memunculkan diri dalam sebuah program anjuran salah sebuah jawatankuasa JIM Kuala Lumpur, aku mendapat sedikit tips untuk menjadi orang yang BARU. Melalui satu perkongsian, aku disedarkan bahawa dalam apa jua aktiviti yang kita sertai, seharusnya ia boleh membawa diri kita menjadi orang yang BARU. BARU yang dimaksudkan ialah:

B - Berubah: Biarlah aktiviti yang kita sertai mampu membawa perubahan kepada diri kita untuk menjadi lebih baik daripada diri kita yang sebelumnya;
A - Aku: Jadilah 'aku' yang sebenarnya. Hanya kita yang mengetahui kekuatan dan kelemahan diri kita;
R - Rancang: Perancangan diperlukan untuk membawa diri kita ke arah perubahan;
U - Usaha: Usaha harus disertakan bagi menjayakan perancangan perubahan diri.

Semoga kita terus istikamah dalam menggerakkan usaha-usaha perubahan serta menyahut seruan Nabi Muhammad yang pernah mengingatkan kita dengan sabdanya: "Jadilah insan yang hari ininya lebih baik dari semalam..."

Wallahu 'alam. Semoga diberkati Allah.


-WaN aM-
Kuala Lumpur
040808
8.15 a.m.



No comments: