Tuesday, October 28, 2008

Pendidik yang Terhormat


Salam,

29 Oktober 2008, genaplah dua tahun umur penyejuk mataku Wan Hadhinatul Ijlal (Pendidik yang Terhormat). Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah dua tahun Ijlal yang kubahasakan dirinya 'Adik' hidup dan mengotakan kebahagiaan buat diriku di dunia ini.

Buat Ijlalku sayang:

Mungkin tiada sambutan hebat yang dapat Abi sediakan sempena hari istimewa Adik. Hanya sekelumit azam daripada Abi, semoga abi akan terus menjadi abi yang terbaik untuk Adik, walau abi tahu abi ini seorang insan yang banyak kelemahan dan kekurangan..

Doa abi semoga suatu hari nanti Adik menjadi insan salihah dan muslihah. Itulah doa abi sebelum Adik lahir ke dunia ini. Itulah juga doa abi buat Adik dalam sujud abi saban hari.

Semoga adik terus dalam peliharaan Allah dan diberkati-Nya selalu.


"Kau permaisuri di hatiku....


Di dunia ini engkau penghibur....


Menjunjung kasih amanah Ilahi....


Ku pasti akan terus menyayangi....


Tuhan kekalkanlah permaisuri hatiku,

Untuk menemani dalam menggapai cinta-Mu...."


No comments: