Monday, February 9, 2009

Musafir ke UMP


Salam,

Alhamdulillah, pagi Sabtu lalu (7 Februari 2009) dipermudahkan Allah untuk memenuhi jemputan pihak MPP Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyampaikan ceramah kepada para mahasiswa dan mahasiswi sempena program "Bengkel Dakwah Kampus 2009" yang mereka anjurkan di kampus tersebut.

Dikongsikan beberapa foto yang berkaitan beserta sedikit catatan peribadi:


Sudah lama tidak memberikan ceramah kepada mahasiswa dengan jumlah kehadiran yang besar... Bergaya la juga dengan baju korporat JIM yang baru dibeli sehari sebelum hari program.


Tajuk yang disampaikan ialah "Kewajipan Dakwah dan Tinjauan Gejala Sosial". Awal-awal tu tercari-cari juga bahan dan ilham yang perlu disampaikan selama 1 jam 30 minit. Bila tiba masa berceramah, masyaAllah, mc bagi notis "5 minit sahaja lagi" tapi isi penyampaian banyak lagi yang belum dikongsikan... Banyak juga dikongsikan pengalaman hidup sewaktu bergelar mahasiswa dahulu, terutamanya dalam konteks dakwah...


Sebahagian peserta yang hadir. Selain mahasiswa/i UMP, turut hadir ialah mahasiswa/i dari UIA Kuantan, IKIP, KIPSAS, UiTM Jengka dan UNITEN Muadzam Shah


Menerima cenderahati daripada Pengarah Program, Saudara Adli


Ini dia insan yang banyak membantu sepanjang permusafiran dan menjaga makan minum saya di UMP. Saudara Hanafi, aktivis Karisma UMP dan Karisma Pahang, berasal dari Kg Parit Samad, Batu 17, Muar. Banyak maklumat yang diperoleh melalui beliau mengenai dakwah di UMP. Tidak mustahil FIDAK boleh dicapai di UMP dalam beberapa tahun lagi jika segala peluang dakwah dimanfaatkan sebaik mungkin.


Sekian sedikit perkongsian. Semoga diberkati Allah.


-WaN aM-
100209
Pusat Bandar Melawati



2 comments:

ummu ijlal said...

kuheh! kuheh!

bergayanya abi itqan, ijlal and imtiyaz...keep it up dear...with your dakwah job...will always be your number one fan...

My Gen-Y said...

Syukran my dear!