Sunday, July 25, 2010

Jom cegah AEDES

Salam,

Pada masa ini media arus perdana ada membuat liputan mengenai wabak denggi yang semakin membimbangkan. Beberapa fakta yang perlu diperhatikan:

1. 91 kes kematian akibat denggi sepanjang Januari-Julai 2010, berbanding 88 kes kematian sepanjang tahun 2009.

2. Jumlah kes denggi sepanjang Januari-Julai 2010 ialah sebanyak 26,927 kes, terdapat peningkatan jika dibandingkan pada tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak 26,770 kes.

3. 26 kawasan 'panas' telah dikenal pasti di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Sarawak.

Industri hiburan tempatan telah pun kehilangan Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi pada April lalu akibat denggi berdarah. Kementerian Kesihatan juga nampaknya serius menangani wabak ini, terbaru dengan pelantikan selebriti Azni Hj. Nawawi sebagai ikon kempen "Jom Ganyang Aedes".

Pastikan kawasan kediaman kita bebas daripada menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes!

-WaN aM-


Jom sertai bengkel "Mahligai Kasih" kendalian Pak Utih pada 8 Ogos 2010. Maklumat lanjut dan daftar online di http://www.mahligaikasihkita.blogspot.com/

No comments: