Monday, September 8, 2008

Ibarat sirih pulang ke gagang


Salam,

Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad lepas (6-7 September 2008) aku berpeluang bersama dengan adik-adik Karisma UiTM Shah Alam bagi memenuhi undangan mengendalikan sesi perancangan strategik mereka. Seingat aku, inilah kali pertama aku terlibat secara langsung dalam program Karisma UiTM Shah Alam sejak aku meninggalkan IPTA tersebut pada Mac 2004. Wah, hampir 5 tahun lamanya! Ibarat sirih pulang ke gagang...

Nak tahu gambaran perjalanan sesi perancangan tersebut? Ikuti laporan bergambar di bawah:


Kumpulan 1 terdiri daripada Akh Amin, Akh Zulhilmi, Akh Hafizuddin, Ukht Farrah dan Ukht Aisyah. Mereka membincangkan KRA T-PSM dan Perhubungan.



Kumpulan 2 terdiri daripada Akh Halim, Akh Najmi, Ukht Atiqah dan Ukht Aina. Mereka membincangkan KRA Dana dan Public Opinion Leadership.



Kumpulan 3 terdiri daripada Akh Zakaria, Akh Fadzil, Akh Hariz, Ukht Fatimah dan Ukht Iman. Mereka membincangkan KRA PnP dan Kebajikan.



Aku bersama Ukht Siti Hajar Badri (mantan Ameerah Karisma UiTM Shah Alam) dalam slot forum yang diadakan pada pagi Ahad. Pihak penganjur meminta kami berkongsikan pengalaman dakwah dan tarbiah kami sepanjang berada di UiTM Shah Alam. Aku dan Hajar berada di IPTA tersebut pada masa yang berbeza; Aku berada di UiTM Shah Alam pada tahun 1999-Mac 2004, manakala Hajar pada Jun 2004-2006. Dua zaman yang berbeza waqi'nya...Nak tahu apa yang kami kongsikan? Kenalah tanya pimpinan Karisma UiTM Shah Alam yang mengikuti slot ini.



Bergambar kenangan dengan pimpinan Karisma UiTM Shah Alam pada penghujung program di salah sebuah bilik mesyuarat di Masjid Negeri, Shah Alam.
Ikhwah dari kiri: Halim, Fadzil, Zulhilmi, Amin, Wan Am, Zakaria, Asrul, Najmi dan Hariz.
Akhawat dari kiri: Aina, Fatimah, Farrah, Atiqah, Iman dan Aisyah.


Aku berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan segala perancangan yang telah mereka tetapkan dalam sesi ini. Aku pasti apa saja impian mereka pada hari ini adalah kenyataan pada hari esok insyaAllah.

Semoga diberkati Allah.

-WaN aM-
090908
Pusat Bandar Melawati



No comments: