Thursday, August 7, 2008

Diariku di hujung minggu (080808-100808)


Salam,
Sekadar berkongsi aktiviti yang bakal kusertai pada hujung minggu ini:

1. Pelancaran Karisma Kuala Lumpur dan Karisma IIC
8 Ogos 2008 (Jumaat)
9.00 malam - 10.30 malam
Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati


Aku akan memberikan sedikit ucapan aluan dan membentangkan perkembangan terkini dakwah dan tarbiah IPT di Kuala Lumpur.

2. Keindahan Bersama-Mu (KBM) Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak
9-10 Ogos 2008 (Sabtu-Ahad)
9.00 pagi (9/8) - 1.00 ptg (10/8)
Kompleks Pendidikan Al-Amin Gombak


Aku akan hadir sebagai pemerhati. Ini amanahku sebagai Ahli Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Al-Amin yang bertanggungjawab terhadap perjalanan ko-kurikulum sekolah.

3. Liqa' Mahabbah dan Futsal (pelajar lepasan SMIAAG SPM 2007)
9 Ogos 2008 (Sabtu)
5.00 ptg - 7.00 ptg
Kompleks Pendidikan Al-Amin Gombak

Aktiviti yang kurangka bersama bekas anak-anak usrahku. Mereka kini sedang bercuti pertengahan semester.

4. Mesyuarat Agung JIM Daerah Batu
10 Ogos 2008 (Ahad)
9.00 pg - 1.00 ptg
Kompleks Pendidikan Al-Amin Gombak

Sebagai ahli JIM Daerah Batu, ini merupakan medan untukku mendapatkan gambaran pencapaian JIM Daerah Batu dalam melaksanakan perancangan RJIM2 dalam masa setahun yang terakhir ini.

Nantikan coretanku mengenai aktiviti-aktiviti yang kuikuti ini dalam entry mendatang.

Semoga diberkati Allah.

-WaN aM-

1 comment:

ummu ijlal said...
This comment has been removed by the author.