Sunday, August 10, 2008

Pergi yang tidakkan kembali


Karisma-Net, 23 Sept 2001: Akh mohd Zawawi Johri telah meninggal dunia setelah terlibat dlm satu kemalangan antara van dgn lori. Akh Mohd Zawawi Johri yang ketika itu dlm perjalanan pulang ke USM Transkrian, slps menziarahi ikhwah di Kolej Matrikulasi Kulim. Bersama-sama beliau beberapa ikhwah lain yg turut mengalami cedera. Jenazah beliau akan dikebumikan di Jengka, Pahang pada esok hari...

Karisma-Operasi-Net, 15 Apr 2004: Ukhti Saliza bt Salim, penggerak KARISMA USM Pulau Pinang telah kembali ke rahmatulLah lebih kurang jam 4.40 petang ini...Beliau diberitakan menghadapi kemalangan sewaktu dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat PERKASA KARISMA 2004 petang semalam...

Karisma-Operasi-Net, 10 Ogos 2008: 2 orang RE JPSM tlibat dgn musibah (kmlgn motor di UTM). Norhanan meninggal dunia...


Al-Fatihah buat semua sahabat seperjuangan yang telah pergi dan tidak akan kembali. Sesungguhnya pemergian kalian sangat memberikan peringatan kepada diri.. Semoga roh kalian ditempatkan di sisi hamba-hamba-Nya yang bertakwa dan beramal salih...


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba-Mu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasanya hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para salihin
Kau sahabatku kau teman sejati



No comments: