Monday, August 24, 2009

JIM di IKIM.fm

Salam,

Buat para pimpinan, penggerak dan aktivis JIM, pastikan anda menyediakan jawapan yang baik apabila ditanya oleh mana-mana individu/pihak mengenai perkara-perkara berikut:

1. Apa latar belakang JIM dan objektif penubuhannya
2. Apa pengertian 'islah' seperti yang tertera dalam nama 'Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia'
3. Apa pandangan JIM mengenai perlaksanaan syariah di Malaysia
4. Apa kegiatan utama JIM
5. Apa pandangan JIM apabila dikatakan JIM ekstrim
6. Mengapa JIM dianggotai oleh golongan elit
7. Bagaimana untuk menjadi ahli JIM
8. Apa peranan sebagai ahli JIM
9. Adakah JIM mempunyai sukarelawan
10. Apa kaitan JIM dengan ISMA

Itulah antara soalan yang dikemukakan oleh juruhebah IKIM.fm, DJ Maslina Alias serta melalui SMS yang telah dijawab oleh Presiden JIM, Hj Zaid Kamaruddin dan Setiausaha Agung JIM, Hj Nahar Md. Nor semalam (24 Ogos 2009) jam 3.15 petang dalam slot 'Agenda Ummah'. Alhamdulillah saya dapat mendengar secara langsung di konti.

Dari kiri: Hj Nahar (SUA JIM), Hj Zaid (Presiden JIM) dan Maslina (DJ IKIM.fm)

30 minit tentu sahaja tidak mencukupi untuk menerangkan semua perkara mengenai JIM. Namun ruangan yang disediakan oleh IKIM.fm sudah cukup baik untuk JIM menyatakan pendirian asasnya kepada ahli masyarakat termasuk mengenai soalan-soalan yang diutarakan sebentar tadi.

Terima kasih IKIM.fm.

-WaN aM-
250809
Pusat Bandar Melawati

4 comments:

FahmiAA~ said...

salam. Abg wan AM. Ada tak ulasan ringkas tentang siri ini? Ana nak tahu jugak. Mesti satu kupasan yang menarik..
Syukran~

Fahmi Abdullah Asuhaimi
SMIH, Batch 9

My Gen-Y said...

Salam Fahmi, apa khabar?
Ada seorang pakcik JIM rakam rancangan tersebut. Nanti abang wan cuba dapatkan dan letak di mana-mana yang sesuai.
Ramadhan kareem!

Bashir IbnDzul said...

salam akh,

rakaman nye dah jumpa ke?

My Gen-Y said...

Salam Bashir,

Alamak, tak sempat lagi la nak minta dengan pakcik tu. kalau ada nanti ana buat hebahan ye.