Salam,
Sambutan merdeka tahun 2009 ini ada kelainannya. Jika tahun-tahun sebelum ini saya mengecap pengalaman dalam aktiviti
Task Force yang diadakan oleh JIM dan KARISMA setiap kali sambutan kemerdekaan di KLCC, namun kali ini Masjid Negeri, Shah Alam meriah dengan sambutan merdeka yang sangat memberikan pengiktibaran pada diri. Lebih menginsafkan kerana sambutan kali ini berlangsung dalam bulan penuh rahmat, Ramadan al-Mubarak.
Saya sempat meluangkan masa pada malam 30 Ogos 2009, merakamkan detik-detik bersejarah, HIMPUNAN RAMADHAN DI AMBANG MERDEKA 2009...
Saudara Zun Arif Hakim Abdul Rahman, Pengarah Himpunan Ramadhan Di Ambang Merdeka 2009, suatu usahasama oleh gabungan 100 NGO Anak Merdeka, Kerajaan Negeri Selangor, Masjid Negeri, COMPLETE, PACE dan Pro Event
Antara Muslimin dan Muslimat yang hadir
Saudara Muaz (tengah) dan rakan-rakan mengalunkan nasyid berkenaan Al-Aqsa, sebuah nasyid klasik
Hj Shahool Hamed, Senior Fellow PACE menyampaikan perkongsian mengenai isu Palestin
Imam Besar Masjid Negeri, Hj Ahmad Mustafa Mohd Sidin menyampaikan ucapan aluan
Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail (tengah) bersama para VIP dalam sesi perkongsian menjelang 12.00 tengah malam
Ikrar Merdeka dikumandangkan, keazaman tersemat untuk menjadi insan dan ahli masyarakat yang lebih baik
Laungan "MERDEKA" diselangi dengan laungan kalimah "ALLAHU AKBAR", penuh bersemangat
Muaz (dua dari kanan) mengetuai bacaan doa sempena sambutan kemerdekaan 2009
-WaN aM-
Pusat Bandar Melawati
020909
No comments:
Post a Comment