Saturday, August 15, 2009

Kali kedua

Salam,

Agak lama rasanya tidak menukilkan sesuatu di teratak WADI KALBUKU ini. Sejak Februari 2009, rupa-rupanya sudah hampir enam purnama!

Walaupun dalam tempoh tersebut pelbagai peristiwa melanda diri, namun motivasi untuk menulis seakan hilang, entah ditelan apa. "Sibuk sangat!" Itulah saja alasan yang sentiasa terpacul dan menjadi penyelamat bila saja ada yang bertanya mengapa sudah lama tidak menghiasi blog.

Harapnya semangat yang pudar kan kembali bersinar. Gelombang kali kedua akan cuba kuusahakan untuk terus menyemarakkan dunia dakwah melalui jihad penulisan insya-Allah.

Semoga semuanya diberkati Allah.

-WaN aM-
160809
Pusat Bandar Melawati

No comments: